rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More
twitter

bukit tabur mengundang jauh

Biar cuti makin menyingkap tirainya, sesi pembelajaran bakal kunjung tiba, tetapi memori ini tidak mungkin kulupakan. Barangkali, aku seharusnya bersyukur dicampakkan Allah ke lembah penuh khazanah. Dari kejauhan berdirinya teguh, namun tidak kusangka derapan kaki ini, pautan tangan ini bisa menjarah di seluruh jasad mu wahai Bukit Tabur.Sekadar...

aduh dunia

andai Nabi sendiri pernah bermadah, dunia sudah seusia wanita tua, sempatkah kita jalan di muka bumi-Nya dengan mendabik dada? kita memikirkan dunia, kesudahannya.. tetapi kita alpa dengan nasib dan kesudahan kita.. kita menyalahkan pihak ini pihak itu, sekiranya jenayah berlaku.. tetapi kita lupa diri kita yang menyumbang dengan tunduk berdiam kaku. Nabi bermadah lagi, ...

Tuhan Manusia

andai kota adalah peradabanrumah kami adalah budayadan menurut ibu, tiang serinya adalah agamaUlasan buku kali ini mengupas satu judul buku rentak pena Faisal Tehrani. Tuhan Manusia sememangnya buku yang sarat dengan mesej. Pengolahan bahasa yang tinggi menyantuni aspek agama dan budaya, sememangnya Tuhan Manusia sesuai untuk pembaca yang...

tentera Allah

1hb november200710.00pagiBatang Berjuntai, selangor Udara pagi bertiup nyaman, mengalunkan rentak zikirnya. Kicauan burung dan unggas saling bersahutan bagai bertasbih kepada Yang Maha Mencipta. Langit yang cerah menutupi sinaran mentari tersipu malu. Semuanya tunduk patuh pada perintah Allah tanpa bantahan. Inilah definisi Islam yang sebenar....

salju sakinah

Untuk ulasan buku yang seterusnya, buah tangan dari zaid akhtar menjadi pilihan. Salju sakinah sebuah novel yang mengangkat wanita sebagai watak utama, bernama Sumayyah. Awal penceritaannya, latar tempat di bumi kinanah Jordan menjadi saksi perjalanan hidup si gadis mahasiswi jurusan Bahasa Arab. Penuntut di Universiti Yarmouk,...

pelita itu terpadam sumbunya..

Dingin pagi ini masih gagal mencengkam kantuk. Kebimbangan menghadapi peperiksaan saat fikiran melayang pada keadaan abah besar saling bertaut.Aku bangun lantas berwudhuk. Buku-buku dan nota ringkas diletakkan di tepi dinding. Kedinginan dari bilah kipas musolla zubair masih terasa. Sementara menanti detik waktu solat subuh, sekali lagi fikiranku...

advencer si peniup ney

Kali ini ulasan buku yang menjadi pilihan penulis mengisi ruang maya ini. Seperti sebelum ini, janji untuk mewujudkan ruangan ini, akhirnya dengan izin Allah, buah tangan FT menjadi pilihan. Buku ini tidak pernah bosan dibaca berkali-kali kerana isinya sangat bagus sebagai persediaan menghadapi mehnah dan tribulasi. Menyingkap tirai kehidupan...

persidangan pepijat 2

Suatu hari dalam sebuah keluarga pepijat, seekor pijat betina menangis dek kematian ramai anak-anaknya setelah beberapa operasi memburu-bunuh pepijat diadakan. Dalam tangis, dia mengadu masalah tersebut kepada suaminya yang tersayang."Saya betul-betul sedih dengan kematian anak-anak kita. Bangsat punya manusia, mereka tak ada otakkah?" Herdik si pijat betina sambil mengesat air matanya."Kerana...

persidangan pepijat

sumber ceritera ini (persidangan pepijat 1 dan 2) petikan dari http://amizakhusyri.blogspot.comSuatu hari, ketua pepijat di asrama negeri meminta sekalian pengikutnya berkumpul. Ada perkara penting yang ingin disampaikannya.Setelah hampir setengah jam menunggu, maka sekalian pepijat berkumpul di bawah sebuah katil di dalam sebuah bilik yang...

sumber: amiza khusyri.blogspot

Menghargai pendidikan zaman lampau(dengan sedikit olahan)i.1970Di sebuah desa yang permai, seorang ibu melihat tangan anaknya yang sedikit lebam sekembali dari sekolah tengah hari itu."Apa kena tangan engkau, Mamat?""Cikgu ketuk guna pembaris mak.""Ha, padan muka kau! Siapa suruh nakal-nakal di sekolah."2008Di sebuah apartmen, seorang ibu melihat tangan anaknya yang sedikit lebam sekembali...

bingkisan warkah

Bismillahirrahman arraheem wabihi nasta’ieen. Wasolatuhu wasalamuhu a’la asyraf el-anbiya’I walmursalin. Wa a’la alihi wasohbihi ajmai’een. Thumma amma ba’du. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.Menemui kembali teman seaqidah seperjuangan, semoga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah. Moga-moga urusan entum dipermudahkan...

semarakkan cinta

Semarakkan CintaOleh Amiza Khusyri YusofSemua pelajar berdiri. Susuk tubuh setinggi lima kaki itu melangkah masuk dan berdiri di hadapan kelas. Salam diajukan dan ada jawapan berselang-seli dengan bunyi nafas turun naik. Kami duduk dan melihat susuk tubuh guru kelas kami di hadapan. Susuk yang sudah kami lihat sejak bertahun lalu. Renik-renik peluh membutir di dahi dan membasahkan kupiahnya....

berbakti pada tanah

Ahad, Batang Berjuntai,Rawang, selangorMentari memancarkan sinarnya. Terbit garang dari celahan lelangit. Peluhku merenik. Mataku melirik jam di tangan. Lagi beberapa minit jam dua belas menjengah. Kepanasan yang luar biasa seakan mematahkan niatku untuk terus bekerja. Namun, ku gagahi jua. Terpana mata ini menangkap kegigihan ibu yang menghampiri usia 60 tahun dalam keadaan yang begitu...