rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More
twitter

bukit tabur mengundang jauh

Posted on 11:07 PM by halim qittun

Biar cuti makin menyingkap tirainya, sesi pembelajaran bakal kunjung tiba, tetapi memori ini tidak mungkin kulupakan. Barangkali, aku seharusnya bersyukur dicampakkan Allah ke lembah penuh khazanah. Dari kejauhan berdirinya teguh, namun tidak kusangka derapan kaki ini, pautan tangan ini bisa menjarah di seluruh jasad mu wahai Bukit Tabur.

Sekadar muqaddimah, dan berbasa basi cuma. Seharusnya entri ini terlayar sebulan yang lalu tetapi dek kerana ketandusan idea dan tidak tahu bagaimana mahu mengaitkan dengan perspektif islam, maka jangan berpaut pada batu itu hanya berhasil sebulan kemudiannya.

BUkit Tabur, yang dahulunya kukenali sebagai Bukit Gajah Beratur. Memang, jika melihat dikejauhan kelihatannya seperti susuk gajah sedang ber..ber apa ya? Berjalan? Atau beratur? Pelik pula bunyinya gajah berjalan. Lagi pelik bila kedengaran gajah beratur? Apa, gajah juga sedang beratur mengeluarkan duit dari mesin ATM uia yang sering sahaja terganggu
? (mengarut lagi) Lupakan sahaja, bukan itu isu yang ingin dikongsikan. Lagipun nama Gajah Beratur itu tidak pernah dibuktikan kesahihannya.

Apapun, saat pautan tangan menjarah permukaan batu yang tajam-tajam, kedudukan hampir 90 darjah, kaki tiada tempat berpijak, saat inilah ketakutan dan bayang ajal tiba. Biar hanya nama sahaja Bukit, jika hendak dibandingkan dengan Gunung Tahan, Gunung Nuang apatah lagi Gunung Kinabalu, Mungkinlah rasa kerdil dan malu-malu disebabkan tewasnya sang bukit dari segi ketinggian. Tetapi melihat pada cabaran yang ditawarkan bersama pakej keganasan permukaan bukitnya, nyatalah Bukit Tabur bukan sebarang bukit. Tidak hairanlah kawasan pendakiannya tidak dijadikan pusat rekreasi. Atau mudah bicaranya, masih terpelihara, dan dara lagi.

Rasanya bicara ini makin merapik, eloklah disambung kembali saat tangan ini berpaut pada permukaan yang berbatu itu. Kedengaran jeritan dari sahabat-sahabat berpesan-pesan agar pautan tangan dikej
apkan. Bergantung pada batu itu, jerit mereka. Maka, mafhum dari tafsiran surah al'Asr pun diamalkan.

"berpesan-pesanlah kamu kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran.."

Mutiara peluh mula merenik, berlumba-lumba keluar dari celahan rongga. Kaki semakin kuat menggigil. Salah berpaut, salah berpijak, gelincirlah jawabnya. Pada permukaan batu yang rata seperti dinding, aku perlu beraksi seperti cicakman layaknya. Tetapi benarlah, Allah telah mencampakkan sisa-sisa keberanian, sedikit kudrat, dan secangkir keyakinan hanya kepada-Nya. Bahawasanya, jangan bergantung pada batu, tetapi bergantung pada Tuhan yang satu.


Demikian sahaja kisa
hnya di sebalik renungan sang Bukit kecil bernama Tabur. Berapa banyak jasa yang ditaburnya dalam jalan mengagumi ciptaan sang Pencipta, berapa banyak pula taburan darah yang tersungkur di kaki si 'kerdil' itu. Bukit Tabur mengundang jauh.


p/s: teringin minum jus pisang di Sg. pisang

4 Response to "bukit tabur mengundang jauh"

.
gravatar
Fatimah bintun Qamar Says....

wah nta g bukit tabur
ermm bunyi cam very challenging ana baca entri nie..
mesti pengalaman yg manis kan?

.
gravatar
halim qittun Says....

macam pgalaman ade, manis, pahit..masin..hehehe
xsgka kt uia ade khazanah camni

.
gravatar
Ummu Mukhlis Says....

waha...siti..nk tau tak, kite da smpai bukit ni 2kali...
mmg mencabar sgt2...
ade satu budak ni,dia tak sabar nk turun..
pastu dia tergelincir n tergolek2 ...
darah kepala dia..
last2 kena mnyusahkan org lain nk kena gendong dia bawak turun...
huhu...

amacam qittun, nak pegi lagi tak??

.
gravatar
halim qittun Says....

klu ade ksempatan..memang nk g, aritu g pon xsempat pnjat abes..sebb g ramai2
mgkin kte leh wat rehlah kt sni ke..hehehe
hebat le syira klu da naik smpi 2x