
Sekadar muqaddimah, dan berbasa basi cuma. Seharusnya entri ini terlayar sebulan yang lalu tetapi dek kerana ketandusan idea dan tidak tahu bagaimana mahu mengaitkan dengan perspektif islam, maka jangan berpaut pada batu itu hanya berhasil sebulan kemudiannya.
BUkit Tabur, yang dahulunya kukenali sebagai Bukit Gajah Beratur. Memang, jika melihat dikejauhan kelihatannya seperti susuk gajah sedang ber..ber apa ya? Berjalan? Atau beratur? Pelik pula bunyinya gajah berjalan. Lagi pelik bila kedengaran gajah beratur? Apa, gajah juga sedang beratur mengeluarkan duit dari mesin ATM uia yang sering sahaja terganggu? (mengarut lagi) Lupakan sahaja, bukan itu isu yang ingin dikongsikan. Lagipun nama Gajah Beratur itu tidak pernah dibuktikan kesahihannya.
Apapun, saat pautan tangan menjarah permukaan batu yan

Rasanya bicara ini makin merapik, eloklah disambung kembali saat tangan ini berpaut pada permukaan yang berbatu itu. Kedengaran jeritan dari sahabat-sahabat berpesan-pesan agar pautan tangan dikejapkan. Bergantung pada batu itu, jerit mereka. Maka, mafhum dari tafsiran surah al'Asr pun diamalkan.
"berpesan-pesanlah kamu kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran.."
Mutiara peluh mula merenik, berlumba-lumba keluar dari celahan rongga. Kaki semakin kuat menggigil. Salah berpaut, salah berpijak, gelincirlah jawabnya. Pada permukaan batu yang rata seperti dinding, aku perlu beraksi seperti cicakman layaknya. Tetapi benarlah, Allah telah mencampakkan sisa-sisa keberanian, sedikit kudrat, dan secangkir keyakinan hanya kepada-Nya. Bahawasanya, jangan bergantung pada batu, t

Demikian sahaja kisahnya di sebalik renungan sang Bukit kecil bernama Tabur. Berapa banyak jasa yang ditaburnya dalam jalan mengagumi ciptaan sang Pencipta, berapa banyak pula taburan darah yang tersungkur di kaki si 'kerdil' itu. Bukit Tabur mengundang jauh.
p/s: teringin minum jus pisang di Sg. pisang